Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wanna Ali jaga batasan berlakon dengan suami orang

    Pelakon Wanna Ali bersyukur drama Bukan Sekadar Lafaz mendapat maklum balas positif daripada penonton.

    Wanna yang bergandingan bersama Alif menerusi drama 20 episod yang disiarkan sejak 17 Oktober lalu itu berjaya menghidupkan babak romantis, biarpun tiada babak bersentuhan keterlaluan dilakukan.

    Ini kerana, Wanna atau nama sebenar, Nor Syazwana Mohd Ali tetap menjaga batas apabila menjayakan babak dalam mana-mana karya dengan pelakon berstatus suami orang.

    “Kami pasti berlapik kalau ada babak bersentuhan. Saya tidak minta Alif pegang tangan saya kerana sebagai pelakon, saya perlu menghormati status sebagai suami orang.

    “Saya tahu apabila berlakon dengan Alif tak boleh ada babak bersentuhan, jadi saya sangat menghormatinya, isteri dan prinsipnya.

    “Lagipun, kalau seseorang sudah ada pasangan, kita memang tidak digalakkan untuk melakukan babak bersentuhan.

    “Bagaimanapun, saya bersyukur penonton masih boleh merasai kemesraan yang kami bawakan pada setiap episod,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan episod akhir drama Bukan Sekadar Lafaz di sebuah restoran di Kota Damansara, semalam.- Agensi

    Wanna tidak minta Alif untuk pegang tangannya kerana sebagai pelakon, dia perlu menghormati status sebagai suami orang.- mStar

     

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda