Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OGOS – Seorang lelaki warga Indonesia mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, kelmarin, atas pertuduhan pecah masuk rumah dan tinggal melebihi masa di negara ini.
Wariyo bin Rahmat, 45, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Pengiran Hazirah binti Pengiran Haji Mohd Yusof yang menetapkan 3 Ogos ini untuk sebutan hukuman.
Tertuduh mendakwa memasuki rumah itu kerana tahu rumah itu mempunyai sarang burung.
Dalam kejadian pada 15 Julai 2019, tertuduh ditahan pengawal keselamatan yang membuat rondaan malam selepas mendengar bunyi pada sebuah rumah di kawasan kelab polo Jerudong.
Tertuduh didapati bersembunyi di belakang pintu rumah tersebut.
Pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Raihan Nabilah binti Haji Ahmad Ghazali.