Sunday, November 17, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga British ditembak, isteri mati kebuluran di Sudan

    LONDON, 26 MEI – Keluarga seorang lelaki berusia 85 tahun yang tinggal dekat dengan kedutaan Britain di Khartoum, Sudan, mendakwa dia ditembak oleh penembak hendap dan isterinya meninggal dunia akibat kebuluran selepas ditinggalkan di negara itu, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Keluarga Abdalla Sholgami dan isterinya Alaweya Rishwan, 80, memberitahu BBC walaupun meminta bantuan beberapa hari selepas konflik bermula, mereka sebaliknya diarahkan keluar dari zon perang untuk menaiki pesawat di Khartoum.

    Keluarga itu mendakwa mereka menghubungi talian hotline Pejabat Luar Britain namun kerajaan tidak membantu mereka sejak penerbangan pemindahan terakhir berlepas awal bulan ini, walaupun selepas pasukan tentera British dihantar untuk memindahkan kakitangan diplomatik.

    Cucu perempuan Sholgami, Azhaar berkata kedutaan negara itu amat dekat dengan rumah datuk dan neneknya.

    “Saya dimaklumkan 100 anggota tentera datang dan memindahkan kakitangan kedutaan,” katanya yang kecewa dengan tindakan itu.

    Keluarga itu mendakwa ketika Sholgami terpaksa mencari bantuan akibat kelaparan, dia ditembak tiga kali oleh penembak hendap.

    Isterinya kemudian ditinggalkan di rumah itu dan akhirnya meninggal dunia manakala Sholgami melarikan diri dan selamat di Mesir. – Bernama

    Abdalla Sholgami dan isterinya Alaweya Rishwan. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda