Wednesday, May 1, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Warga Filipina dipenjara akibat memandu secara berbahaya

    Oleh Fadley Faisal –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 APRIL – Majistret Kanan Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman hari ini, menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan dan dua minggu terhadap seorang warga Filipina kerana memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

    Elmer Endaya Passion, 47, mendapatkan khidmat Peguam Ahmad Basuni Abbas sebelum mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.

    Pendakwa Raya Ahmad Firdaus Mohammad mendedahkan di mahkamah bahawa defendan memandu dari Pekan Tutong menuju Kampung Tanjong Maya pada petang 24 April 2019.

    Dia sedang mencari alamat seorang penjual rim sport kereta.

    Sepanjang perjalanan, dia singgah di sebuah kedai serbaneka untuk menjawab panggilan telefon majikannya. Dia disuruh menjemput anak bosnya dari sekolah.

    Gambar Freepik

    Pada mulanya, dia berhasrat untuk menggunakan Jalan Tanjong Maya dan keluar ke arah Jalan Lamunin untuk kembali ke Bandar Seri Begawan (BSB). Walau bagaimanapun, dia merasa laluannya itu lebih jauh.

    Dia kemudian memutuskan dia perlu membuat pusingan U untuk kembali ke lebuh raya utama Tutong-BSB agar dia dapat pulang tepat pada masanya untuk menjemput anak-anak bosnya.

    Kira-kira 1:30 tengah hari, defendan memandu ke persimpangan tepi, Simpang 359, di mana dia cuba membuat pusingan U, yang bukan tempat yang ditetapkan untuk pusingan U. Semasa membelok, sebuah kereta yang datang dari arah depan tiba-tiba merempuh bahagian hadapan keretanya.

    Siasatan polis mendapati pemandu kereta berkenaan sedang dalam perjalanan menghantar anaknya ke sekolah agama apabila keretanya merempuh kereta defendan, hilang kawalan dan merempuh tiang lampu.

    Ini membawa kepada kematian anak lelaki mangsa. Mangsa juga tidak sedarkan diri ketika itu. Dia terselamat, tetapi mengalami kecederaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun nafi akan berundur atas kekalahan partinya dalam pilihan raya...

    TOKYO, 30 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata pada hari ini kekalahan besar parti pemerintahnya dalam pilihan raya kecil hujung minggu lalu...