Wednesday, May 1, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Gunakanlah signal ketika memandu!

    Saya ingin menekankan kepentingan cara pemanduan yang betul terutamanya ketika musim perayaan ini di mana begitu banyak sekali kereta berada di atas jalan raya yang boleh menyebabkan kesabaran sesetengah pemandu yang lain diuji.

    Jika awda ingin menggunakan pusingan U, berilah signal dan pastikan awda berada di sebelah kanan jalan lebih awal. Jangan last minute baru hendak berpindah daripada lorong kiri ke lorong kanan. Ini boleh menyebabkan kereta di belakang terpaksa brek mengejut hanya untuk membenarkan awda menyelesaikan urusan awda.

    Jika ingin menggunakan bulatan, pastikan awda berada di sebelah kanan jalan untuk keluar pada exit jam 12, exit jam 3 atau exit jam 6. Manakala, pastikan awda berada di sebelah kiri jalan untuk keluar pada exit jam 9 dan exit jam 12 sahaja. Yang paling penting, kereta di dalam bulatan mempunyai right of way berbanding kereta yang sedang beratur sebelum masuk ke dalam bulatan. Maka, pastikan tiada kereta di sebelah kanan awda, barulah awda boleh masuk ke dalam bulatan.

    Akhir sekali, jika berlaku kesesakan, right of way secara amnya terbatal dan awda perlulah mengamalkan alternate cross di mana kereta secara berselang-seli boleh menggunakan jalan raya utama.

    Saya juga ingin mencadangkan agar sekolah memandu dan pihak yang berkenaan supaya memastikan bahawa para pelajar benar-benar menguasai tatacara memandu yang betul sebelum mereka diberikan lesen memandu yang sah.

    Hajah Arafah

    Gambar PDRM
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun nafi akan berundur atas kekalahan partinya dalam pilihan raya...

    TOKYO, 30 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata pada hari ini kekalahan besar parti pemerintahnya dalam pilihan raya kecil hujung minggu lalu...