Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warga imagine bertahlil di Kubah Makam Diraja

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 APRIL – Kira-kira 30 orang pegawai dan kakitangan imagine Sdn Bhd telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim di Kubah Makam Diraja, hari ini.

    Hadir pada majlis itu ialah Timbalan Pengerusi imagine, Awang Ahmad Fathi bin Dato Paduka Haji Junaidi bersama pegawai-pegawai kanan dan kakitangan syarikat tersebut.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin beramai-ramai yang dipimpin oleh salah seorang kakitangan syarikat, dan diikuti dengan bacaan tahlil dan Doa Arwah.

    Majlis bertahlil di Kubah Makam Diraja itu merupakan sebahagian daripada kegiatan keagamaan imagine di bulan Ramadan.

    Kira-kira 30 orang pegawai dan kakitangan imagine mengadakan majlis membaca Surah Yasin dan tahlil di Kubah Makam Diraja. – Gambar serahan imagine
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda