BANGKOK, 30 OKT – Seorang warga Thailand adalah antara 153 yang terkorban dalam tragedi rempuhan di Itaewon, Seoul pada Sabtu ketika pengunjung membanjiri daerah itu untuk meraikan Halloween.
Jurucakap Kementerian Luar, Tanee Sangrat berkata wanita berusia 27 tahun itu berlepas ke Korea Selatan dua bulan lalu untuk mempelajari bahasa Korea.
“Kedutaan Thailand di Seoul telah memaklumkan kepada ahli keluarganya. Pihak kedutaan akan membantu menghantar pulang jasadnya,” menurut kenyataan kementerian.
Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha turut berdukacita dengan tragedi itu dan mengarahkan pihak berkuasa berkaitan untuk membantu rakyat Thailand yang terjejas.
Media melaporkan sekurang-kurangnya 153 orang termasuk 20 warga asing maut manakala kira-kira 100 lagi cedera dalam tragedi itu. – Bernama
