Tuesday, November 19, 2024
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wargamaya kecam Krisdayanti ‘pose’ tepi kubur bapa

    Penampilan penyanyi terkenal Indonesia Krisdayanti menziarahi pusara Allahyarham bapanya menimbulkan rasa kurang senang segelintir wargamaya.

    Mana tidaknya, penyanyi berkenaan dilihat mengenakan baju berona putih berlengan pendek selain tidak bertudung.

    Dalam foto tersebut, Krisdayanti sempat menabur bunga dan bergambar bersama batu nisan kubur bapanya.

    Apa lebih membuatkan wargamaya bengang, kehadiran penyanyi lagu Menghitung Hari itu sebagai salah satu kempen selepas namanya tercalon sebagai Datuk Bandar dalam Pemilihan Ketua Daerah Indonesia 2024 (Pilkida 2024).

    Warganet mempersoalkan tindakannya bergambar di tepi pusara kononnya mahu meminta restu daripada arwah bapanya.

    Pemakaian kurang sopan dan tidak menutup aurat juga kata warganet sudah cukup jelas kehadirannya hanya sekadar meraih simpati.

    “Niat ziarah hanya untuk ambil gambar dan sebab itu tidak bertudung.

    “Sepatutnya tutuplah aurat dan bukannya biarkan lengan dan kepala terbuka.

    “Apalah tujuan minta ‘restu’ pada orang yang sudah tiada? Ajaran mana dia pakai ni?,” komen wargamaya. Untuk rekod, Krisdayanti pernah dilantik sebagai anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPRRI) daerah Malang Raya pada 2019. – Agensi

    Penampilan Krisdayanti di pusara bapanya menimbulkan kecaman. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda