Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Warganet kecam wanita makan kelawar

    BANGKOK, 10 NOV – Warganet, ahli veterinar dan ahli perubatan melahirkan kebimbangan satu lagi gelombang penyakit mungkin melanda negara itu selepas seorang wanita menyiarkan video kontroversi di Facebooknya Isnin lalu.

    Wanita dikenal pasti sebagai Cikgu Jui tetapi tidak memperkenalkan sekolah tempatnya mengajar, menyiarkan klip video kontroversi di laman Facebook Kin Saeb Nua Nua (Makanan Sedap dan Panas). Laman itu mempunyai 392,000 pengikut setakat petang semalam.

    Dalam rakaman itu, dia dilihat makan seekor kelawar yang direbus dalam kuah pedas. Dia kelihatan mendepakan sayap kelawar itu sebelum mengoyak dan makan setiap bahagian kelawar itu.

    Jui mengatakan ia adalah kali pertama dia makan seekor kelawar.

    Menurutnya, dia dapat merasakan kuku di kaki haiwan itu dan baunya seperti tikus.

    Kulitnya agak liat dan bukannya garing, rasanya boleh diterima, tambahnya.

    Dia menegaskan bahawa dia bukannya memperkenalkan sebarang koronavirus daripada kelawar kepada orang ramai, memandangkan penduduk di kejiranannya juga makan kelawar.

    Walau bagaimanapun, segelintir pengguna Facebook tidak boleh menerimanya.

    Dalam komen di bawah posnya, ramai mengkritiknya kerana merisikokan satu penularan penyakit baharu daripada kelawar. – ANN/The Nation

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...