Saturday, December 2, 2023
27.2 C
Brunei

    -

    Sekatan virus jejas hab perkilangan Guangzhou

    BEIJING, 10 NOV – Lonjakan kes COVID-19 telah mendorong pelaksanaan sekatan pergerakan di hab perkilangan selatan China di Guangzhou.

    Tindakan itu menambah tekanan kewangan yang menjejaskan rantaian bekalan global dan memperlahankan pertumbuhan secara mendadak dalam ekonomi kedua terbesar di dunia itu.

    Penduduk di daerah yang merangkumi hampir 5 juta orang itu telah diarahkan berkurung di rumah hingga Ahad ini, dengan hanya seorang ahli keluarga dibenarkan keluar sekali dalam masa sehari untuk membeli barang keperluan, kata pihak berkuasa tempatan, kelmarin.

    Perintah itu dikeluarkan selepas bandar yang mempunyai seramai 13 juta penduduk itu melaporkan lebih 2,500 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

    Manakala itu, sistem pengangkutan awam juga digantung dan pembelajaran di sekolah ditangguhkan membabitkan sebahagian besar Guangzhou, dengan penerbangan ke Beijing dan bandar utama lain juga dibatalkan, menurut media kerajaan.

    China mengekalkan dasar ‘sifar-COVID’ yang ketat walaupun bilangan kes yang agak rendah dan tiada kematian baharu direkodkan. – AP

    Seorang lelaki memakai pelitup wajah bercakap dengan pekerja barisan hadapan yang menjaga sebuah kejiranan yang diarahkan berkurung akibat COVID di Beijing pada 9 November. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    AS$2.2 juta dilarikan perompak bersenjata

    NEW DELHI, 1 DIS – Perompak bersenjata melarikan 188 juta rupee (AS$2.2 juta) dari sebuah bank di negeri timur laut Manipur yang dilanda keganasan. Rompakan...