Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Warganet perlu lebih matang

    Pada pendapat saya, pengguna media sosial di negara kita perlu mengamalkan sikap yang lebih matang apabila berkomunikasi.

    Semasa suatu isu sedang dibahaskan, cuba kekal berada dalam konteks. Sebagai contoh, apabila penulis asal memuat naik hantaran mengenai bahaya penipuan dalam talian (online scam), pasti akan ada warganet yang menulis komen yang tidak ada kaitan langsung atau tersasar daripada topik asal.

    Kemudian, terdapat juga golongan yang malas membaca. Saya terkenangkan sebuah penulisan bertajuk kedai semakin banyak, orangnya tidak yang pernah disiarkan di Media Permata suatu ketika dahulu.

    Jika kita hanya membaca tajuknya atau perenggan pertamanya sahaja, gaya penulisan tersebut seakan-akan mengkritik betapa sedikitnya jumlah penduduk di sini.

    Namun, jika kita baca keseluruhan teks, kita akan faham bahawa sang penulis sebenarnya bimbang dengan kerakusan pihak pemaju membangunkan sesebuah kawasan dengan sewenang-wenangnya menebang pokok-pokok yang begitu bernilai kepada masa depan kita.

    Akhir sekali, segelintir warganet suka menyalahkan pihak lain. Jika kita rajin melayari media sosial, pasti kita pernah terbaca komen-komen yang asyik menyalahkan pihak kerajaan, entiti tertentu dan sebagainya. Padahal kita lupa, yang bekerja untuk pihak-pihak tersebut adalah diri kita sendiri juga.

    Kesimpulannya, walaupun kita menggunakan akaun palsu untuk berinteraksi, setiap apa yang kita tuturkan atau coretkan dalam media sosial, pasti akan ada kesannya di akhirat kelak.

    Maka, berhati-hatilah.

    Keyboard warrior solehah

    Gambar Envato Elements

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Sinaran Mas raikan graduasi dan ulang tahun ke-30

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...