Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warganet ragu Fathia sudah kahwin

    Setiap hari ada sahaja perkara dicetuskan Fathia Latiff di media sosial sehingga ada menganggap pelakon itu sengaja mencetuskan kontroversi bagi menaikkan kembali namanya yang sudah tenggelam.

    Terbaharu Fathia berkongsi pula gambar bersama seorang jejaka dengan kapsyen just married atau sudah berkahwin di Instagram miliknya yang menimbulkan tanda tanya warganet.

    Ada yang teruja dengan perkhabaran itu namun ada pula merasakan gambar memperlihatkan Fathia dipeluk lelaki berkenaan daripada arah belakang hanya sekadar gimik demi meraih perhatian.

    Memetik kenyataan mStar, malah ada bertanya sama ada lelaki berkenaan adalah teman lelakinya yang didakwa lebih kacak berbanding aktor Aiman Hakim Ridza sebelum ini.

    Ramai berpendapat individu dalam foto itu adalah lelaki rambang ditemui Fathia yang sedang bercuti di Jepun kerana wajah jejaka itu tidak mencerminkan bayangan diberikan tentang kekasihnya.

    Foto Fathia dipeluk seorang lelaki menjadi tanda tanya peminat. – mStar

    “Dengan anak Jepun manalah dia ambil gambar ini?

    “Tak handsome pun macam Fathia cakap sebelum ini? Biar betul Fathia sudah kahwin?

    “Entah lelaki mana dia jumpa dan ambil gambar demi sebuah content tapi kalau benar sudah berkahwin Alhamdulillah,” antara komen warganet.

    Sementara itu, ramai masih bersangka baik terhadap Fathia dan berharap pelakon itu mendapatkan bantuan kerana merasakan dia mempunyai masalah kesihatan mental.

    Malah ramai berasa kasihan dengan Fathia yang terpaksa menanggung ujian berat dan mendoakan agar urusannya dipermudahkan. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    ‘Saya tak sakit!’

    Disyorkan Untuk Awda