Tindakan penganjur memberi Anugerah Sepanjang Hayat kepada mendiang pelakon Lee Sun Kyun di Festival Filem Antarabangsa Busan pada Rabu mencetuskan kemarahan peminat.
Warganet menganggap Sung Kyun tidak layak menerima sebarang anugerah memandangkan mendiang mempunya rekod yang tidak ‘bersih’ sepanjang kariernya.
Ini termasuk nama Sung Kyun terbabit dengan beberapa kes membabitkan jenayah penyalahgunaan dadah sebelum ditemukan tidak bernyawa.
“Hanya sebab dia sudah tidak ada bukan bermaksud dia layak menerima penghormatan itu. Dia bukannya pelakon yang baik malah dikenali suka melanggan pelacur.
“Itu belum melibatkan kes penyalahgunaan dadah dan rasanya tidak perlu memberi penghormatan tertinggi seperti itu,” komen warganet.
Pada festival tersebut, pihak penganjur turut menyiarkan semula video temu bual lama bersama Sung Kyun sepanjang hayatnya.
Klip video tersebut menyentuh hati para pelakon dan selebriti yang hadir sehingga ramai menitiskan air mata dek tidak dapat menahan kesedihan.
Sebagai penghormatan juga, enam buah filem Sung Kyun bakal ditayangkan semula sepanjang festival berkenaan berlangsung. – Agensi