Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Banyak projek babitkan Lee Sun Kyun dibatalkan

    Pelakon Korea selatan, Lee Sun Kyun, terpaksa menanggung padah apabila isu penyalahgunaan dadah menjejaskan namanya di dalam industri hiburan.

    Ini termasuklah pembatalan tayangan filem Parasite di festival filem yang akan diadakan oleh Lotte Cinema tidak lama lagi.

    KBIZoom melaporkan Festival Filem Anniversary Festa itu diadakan dari Oktober sehingga November depan dan akan menampilkan beberapa filem popular.

    Malah Parasite juga akan ditayangkan secara langsung di festival berkenaan namun terpaksa ditarik semula.

    Ia kerana Lee Sun Kyun yang melakonkan watak utama di dalam filem berkenaan terlibat dalam penyalahgunaan dadah sekali gus bimbang memberi kesan negatif.

    Menurut laporan mStar, Lee Sun Kyun sebelum ini dilaporkan terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan telah ditahan pihak polis di sebuah kelab malam di Gangnam, Seoul, Korea Selatan.

    Kes berkenaan dilaporkan sedang berada dalam siasatan.

    Selain Lee Sun Kyun, penyanyi G-Dragon juga terlibat dengan kontroversi yang sama. – Agensi

    Nama Lee Sun Kyun buruk selepas terlibat dengan dadah. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...