Thursday, September 19, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warganet ‘warning’ Ryu Jun Jeol jauhi Krystal f(x)

    Nama pelakon Ryu Jun Yeol kembali menjadi buah mulut apabila dia dilihat hadir ke Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat bersama penyanyi Krystal f(x).

    Menurut mStar, video dan foto kedua-dua artis terkenal itu mula tular di media sosial yang dilihat mesra sehingga menimbulkan rasa bimbang dalam kalangan warganet.

    Malah menjengah ke ruang komen, rata-rata warganet meminta Krystal, 30 menjauhkan diri daripada Jun Yeol, 38, jika tidak mahu sebarang masalah.

    Peminat juga berdoa agar kedua-dua mereka bukan pasangan kekasih sebaliknya hanya teman biasa.

    “Tak berbaloi Krystal! Jauhi lelaki yang tak boleh mengaku hubungannya atau berjuang untuk awak.

    “Saya percaya awak Krystal! Jauhi diri daripadanya sekarang juga!,” komen warganet.

    Kejohanan yang diadakan di Pusat Tenis Kebangsaan Billie Jean King di New York pada Isnin lalu turut dihadiri penyanyi Taylor Swift dan teman lelakinya iaitu Travis Kelce.

    Pada Mac lalu, nama Jun Yeol bertukar panas apabila hubungannya dengan aktres Han So Hee berakhir dengan perpisahan selepas dua minggu percintaan mereka dihidu peminat.

    Paparazi berjaya merakam foto mereka sedang bercuti di Hawaii sebelum So Hee tampil mengesahkan perkara itu. – Agensi

    Jun Yeol dan Krystal menonton perlawanan tenis bersama. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda