Sunday, May 19, 2024
29.8 C
Brunei

    -

    Han So Hee bakal sambung pengajian di universiti Perancis

    Agensi pelakon Korea, Han So Hee iaitu 9ato Entertainment mengesahkan bahawa aktres berkenaan bakal menyambung pengajian di sebuah universiti di Perancis.

    Dalam satu kenyataan rasmi yang dibuat pada Rabu, agensi So Hee berkata pihaknya tidak boleh mendedahkan butiran lanjut berkenaan jurusan yang diambil dan nama universiti atas sebab peribadi.

    “Semua kenyataan yang dibuat oleh Han So Hee sebelum ini mengenai penerimaan masuk ke universiti di Perancis adalah benar.

    “Bagaimanapun sukar untuk kami mendedahkan butiran khusus kerana ia adalah perkara peribadi,” katanya memetik laporan mStar.

    Sebelum ini, So Hee muncul menerusi saluran YouTube penerbit Nah Yung Suk dan pelakon Park Seo Joon untuk mempromosikan drama baharu mereka berjudul Gyeongseong Creature.

    Sewaktu temu bual, So Hee membincangkan tentang kisah lalu dan bagaimana dia masuk dalam dunia hiburan.

    Kata So Hee, dia memulakan kerjaya sebagai pelakon pada usia 25 tahun dan sebelum itu, aktres berkenaan merancang untuk melanjutkan pelajaran di Perancis.

    Pun begitu, timbul kontroversi apabila warganet mendapati So Hee dilihat tidak berkongsi sebarang kemas kini berhubung proses pendaftaran pengajiannya di media sosial. – Agensi

    So Hee sah menerima tawaran sambung pelajaran ke Perancis. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia cipta AI boleh klasifikasi tumor otak lebih cepat, tepat

    CANBERRA, 19 MEI - Pasukan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Australia (ANU) telah membangunkan alat kecerdasan buatan (AI) untuk mengklasifikasikan tumor otak dengan lebih cepat...