Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Warganet yakin Mahalini hamil anak pertama

    Penyanyi, Mahalini Raharja dimasukkan ke sebuah hospital di Jakarta, Indonesia akibat mengalami keletihan melampau.

    Berita itu dikongsi sendiri oleh suaminya iaitu penyanyi Rizky Febian menerusi Instagram miliknya.

    Menerusi hantaran tersebut, Mahalini dilihat terlantar di katil hospital dalam keadaan lemah.

    “Semoga isteri saya cepat sembuh.

    “Saya panik kelmarin dan tak sanggup melihat Lini (panggilan Mahalini) terlalu letih sehingga terjatuh dan terpaksa dikejarkan ke hospital,” katanya.

    Pada awal November lalu, Mahalini dikhabarkan sedang hamil anak pertama. – mStar

    Dalam hantaran itu juga, Rizky turut setia menemani Mahalini di wad.

    Bagaimanapun, Rizky tidak berkongsi lebih lanjut mengenai penyakit dialami oleh isterinya itu.

    Susulan itu, rata-rata warganet mula mengesyaki Mahalini dimasukkan ke hospital kerana keletihan disebabkan mengandung anak pertama.

    “Kalau awal kehamilan memang selalu letih, terutama kalau sering mual dan muntah kerana tak boleh masuk makanan,” antara komen warganet.

    Pada awal November lalu, Mahalini dikhabarkan sedang hamil anak pertama, lapor mStar.

    Malah bapa mentuanya, pelawak Sule turut memberi bayangan bakal menimang cucu perempuan.

    Untuk rekod, Mahalini dan Rizky Febian mendirikan rumah tangga pada 5 Mei lalu di Hotel Raffles, Jakarta, Indonesia. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda