Saturday, July 27, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Waris Maradona halang penjualan trofi ‘Bola Emas’

    PARIS, 24 MEI – Ahli waris Diego Maradona telah mengambil tindakan undang-undang di Perancis untuk menghalang penjualan kontroversi trofi ‘Bola Emas’ pemain bola sepak legenda Argentina dari Piala Dunia Mexico 1986.

    Trofi yang diberikan kepada pemain terbaik kejohanan itu telah hilang selama beberapa dekad sebelum ditemui oleh seorang peniaga barang antik di ibu kota Perancis. Trofi itu dijadualkan akan dijual oleh rumah lelongan Aguttes di Neuilly-sur-Seine, dekat Paris pada 6 Jun.

    Peguam keluarga Maradona, yang meninggal dunia pada tahun 2020 pada usia 60 tahun, berhujah bahawa memorabilia terbaharu hasil kerjaya cemerlang pemain tersebut yang dijangka mencapai nilai jutaan, sepatutnya menjadi milik lima warisnya.

    Pada tahun 2022, jersi Maradona dari kejohanan 1986 dijual hampir AS$9.3 juta, manakala bola Hand of God dari perlawanan suku akhir menentang England dijual dengan harga AS$2.4 juta pada akhir tahun itu.

    Menurut keluarga Maradona, trofi yang diberikan kepada ayah mereka pada November 1986 di Lido Cabaret di Paris, telah dicuri semasa rompakan bank tiga tahun kemudian di Naples.

    Keluarga pemain tersebut mendakwa mereka hanya mengetahui beberapa minggu lalu trofi itu akan dilelong dan segera mengambil tindakan undang-undang untuk cuba mendapatkannya kembali.

    “Pihak keluarga ingin mendapatkan kembali bola ini, rakyat Argentina mahu mendapatkan kembali bola ini,” kata peguam Lola Chunet di mahkamah di Nanterre, di luar Paris. – AFP

    Maradona semasa bergambar dengan trofi ‘Bola Emas’ di Paris pada 13 November 1986. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...