Tuesday, April 22, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wartawan cedera ditembak di Filipina

    MANILA, 30 JUN – Seorang wartawan adalah antara lima orang yang cedera dalam serangan hendap di Manila, kata polis Filipina hari ini, yang terbaharu daripada senarai panjang keganasan terhadap wartawan.

    Seorang jurugambar untuk tabloid Remate yang berpangkalan di Manila, Joshua Abiad cedera di lengan apabila lelaki bersenjata dalam kereta menyerang kenderaannya, kata ketua polis daerah, Brigedier Jeneral Nicolas Torre.

    Abiad dan mangsa lain yang cedera, termasuk anak dan saudara kandung lelakinya, sedang menerima rawatan di sebuah hospital di ibu negara Filipina, tambah Torre.

    Polis belum menamakan suspek namun Torre memberitahu stesen radio Manila, DWPM dalam satu temu bual bahawa ia boleh dikaitkan dengan kerjanya mendokumentasikan tindakan keras tujuh tahun terhadap dadah haram.

    Abiad merupakan “seorang pemberita yang memfokuskan polis dan menjadi saksi kepada beberapa kes dadah, jadi ada perintah dihantar kepada mereka untuk memberi keterangan,” katanya tanpa menamakan mahkamah atau kes terbabit.

    Negara kepulauan itu adalah salah satu tempat paling berbahaya di dunia untuk wartawan, dan kebanyakan pembunuhan selalunya tidak dihukum. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda