Friday, October 25, 2024
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wartawan Kemboja mohon ikat jamin mahkamah

    PHNOM PENH, 24 OKT – Seorang wartawan Kemboja yang memenangi anugerah ditahan berhubung siaran media sosial telah memohon ikat jamin hari ini selepas media prokerajaan mengeluarkan videonya semasa di penjara yang menunjukkan dia memohon maaf kepada pemimpin negara tersebut.

    Polis telah menangkap Mech Dara 30 September lalu selepas menahan sebuah kereta yang membawanya dan keluarganya dari Sihanoukville, sebuah bandar pantai di mana banyak operasi penipuan siber disyaki berlaku.

    Dara terkenal dengan laporannya mengenai pemerdagangan manusia dalam industri penipuan siber terkenal Kemboja dan penahanannya atas tuduhan melakukan kegiatan yang menggugat kesejahteraan sosial telah mendapat kecaman antarabangsa.

    Saluran media mesra kerajaan, Fresh News telah mengeluarkan rakaman video kelmarin yang menunjukkan Dara berpakaian seragam penjara berwarna jingga.

    Dalam video berdurasi beberapa minit itu, Dara memohon maaf kepada bekas pemimpin Kemboja, Hun Sen, dan anaknya, Hun Manet, perdana menteri semasa, dengan mengatakan siarannya mengandungi maklumat palsu yang berbahaya kepada pemimpin dan negara.

    Dara juga berkata beliau akan berhenti menyiarkan bahan yang memudaratkan kepada mereka dan Kemboja.

    Dalam kenyataan berasingan yang dikeluarkan bersama video itu, Dara meminta mahkamah supaya membebaskannya dan pertuduhan terhadapnya digugurkan. – AFP

    Reaksi Dara kepada wakil media selepas dibebaskan dari penjara Wilayah Kandal dekat Phnom Penh pada 24 Oktober. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda