Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Wartawan wanita berdepan ancaman dalam talian

    ITALI, 21 APRIL – Wartawan wanita menghadapi ancaman yang lebih besar dalam talian semasa menjalankan kerja mereka, dan trend itu semakin meningkat, kata seorang pakar pada persidangan antarabangsa di Itali hujung minggu ini.

    “Terdapat potensi besar untuk keganasan dalam talian meningkat kepada bahaya luar talian,” kata pengarah penyelidikan Pusat Wartawan Antarabangsa (ICFJ), Julie Posetti.

    “Wanita cenderung untuk menghadapi ancaman yang lebih besar dalam talian,” katanya kepada perwakilan di Festival Kewartawanan Antarabangsa Perugia, kelmarin. Dan, ‘jenis ancaman yang mereka hadapi semakin meningkat,’ tambahnya.

    Persekitaran toksik itu telah ‘dipermudahkan oleh syarikat-syarikat gergasi teknologi,” tambahnya, menuduh mereka ‘gagal bertanggungjawab.’

    Dalam kajian bersama UNESCO/ICFJ pada 2022, hampir tiga perempat daripada wartawan wanita yang ditemu bual berkata mereka pernah mengalami keganasan atau penderaan dalam talian berkaitan dengan kerja mereka. Mereka menemu bual 900 wartawan daripada 125 buah negara.

    Serangan dalam talian termasuk penghinaan, komen seksual, dan ancaman fizikal, termasuk ugutan bunuh kepada wartawan dan keluarga mereka, menurut persidangan itu.

    Serangan yang semakin canggih termasuk menyekat akaun, menggodam, menerbitkan gambar peribadi dan mencipta ‘pemalsuan.’

    Ancaman keganasan semakin meningkat apabila digabungkan dengan diskriminasi yang dikaitkan dengan warna kulit, agama atau orientasi seksual. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...