Thursday, March 20, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Waspada banjir kilat di kawasan rendah

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar dari WhatsApp

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JAN – Hujan lebat berpetir disertai dentuman guruh bermula malam tadi menyebabkan beberapa kawasan di Daerah Brunei dan Muara termasuk Bandar Seri Begawan mengalami banjir kilat yang menyukarkan kenderaan rendah untuk melalui kawasan yang terjejas.

    Gambar-gambar mengenai banjir kilat itu telah dikongsi melalui media sosial, dengan nasihat kepada orang ramai yang melalui kawasan terjejas untuk berhati-hati dan merancang laluan perjalanan mereka serta mengelak jalan-jalan dan kawasan tersebut.

    Wartawan Media Permata yang meninjau kawasan banjir, mendapati air sudah pun surut pada sebelah petangnya dan jalan raya boleh dilalui kebanyakan kenderaan. 

    Antara kawasan di ibu negara yang dilanda banjir akibat hujan berterusan, kelmarin.
    ATAS/BAWAH: Gambar-gambar tular di media sosial yang menunjukkan keadaan banjir kilat di beberapa kawasan sekitar Daerah Brunei Muara termasuk Bandar Seri Begawan disebabkan oleh hujan lebat, pagi tadi.

    Banjir kilat di kawasan rendah dijangkakan selepas Jabatan Kaji Cuaca Brunei Darussalam (BDMD) mengeluarkan kenyataan kelmarin, menekankan bahawa ne-gara masih berada dalam monsun timut laut di mana keadaan cuaca aktif selalunya berlaku pada waktu petang dan malam hingga ke awal pagi.

    Keadaan cuaca aktif ini diramalkan berlaku bermula 26 Januari hingga 28 Januari disebabkan oleh pembentukan awan hujan yang aktif di kawasan negara.

    Ramalan turut menjangkakan hujan dan hujan berpetir sekali-sekala berlaku dengan angin kencang meningkat sehingga 45kmsj semasa atau ketika hujan lebat.

    Sehubungan itu, orang ramai menasihatkan mengambil langkah-langkah awal akan kejadian cuaca aktif yang diramalkan berlaku, dengan kawasan rendah dan mudah banjir berisiko berlaku banjir kilat jika hujan berlarutan sehingga sejam atau lebih.

    Kejadian tanah susur dan pokok tumbang juga boleh berlaku semasa hujan dan keadaan berangin.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda