Tuesday, April 8, 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    WHO gesa tindakan segera selamatkan ibu dan anak damit baru lahir

    MANILA, 7 APRIL – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), hari ini, menyeru ‘tindakan segera dan tegas’ untuk memastikan setiap ibu dan anak damit menerima penjagaan yang sewajarnya, lapor Xinhua.

    Kempen setahun WHO bertemakan, Permulaan Sihat, Masa Depan Penuh Harapan, mengajak negara anggota untuk memperbaharui komitmen dalam memastikan penjagaan kesihatan berkualiti untuk ibu dan anak damit baru lahir. Menurut Pejabat Serantau WHO bagi Pasifik Barat, dalam kenyataan media sempena Hari Kesihatan Sedunia, yang disambut setiap 7 April.

    “Rantau Pasifik barat mencatat nisbah kematian ibu kedua terendah dalam kalangan enam rantau WHO di seluruh dunia,” menurut pejabat yang berpangkalan di Manila itu. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda