Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    WHO: Kes kanser baharu diramal meningkat 77%

    GENEVA, 2 FEB – Agensi kanser Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kelmarin meramalkan jumlah kes kanser baharu diramal meningkat kepada lebih 35 juta pada 2050 iaitu 77 peratus lebih tinggi daripada jumlah pada tahun 2022.

    Laporan daripada Agensi Antarabangsa bagi Penyelidikan Kanser (IARC) WHO menyatakan tembakau, alkohol, obesiti dan pencemaran udara sebagai faktor utama dalam anggaran peningkatan kanser.

    “Lebih 35 juta kes kanser baharu diramalkan pada 2050”, menurut satu kenyataan, peningkatan 77 peratus daripada kira-kira 20 juta kes yang didiagnosis pada 2022.

    “Beban kanser global yang berkembang pesat mencerminkan kedua-dua faktor penuaan dan pertumbuhan populasi serta perubahan kepada pendedahan orang ramai kepada faktor risiko, beberapa daripadanya dikaitkan dengan pembangunan sosioekonomi.

    “Tembakau, alkohol dan obesiti menjadi faktor utama di sebalik peningkatan penyakit kanser, dengan pencemaran udara masih menjadi pemacu utama faktor risiko alam sekitar.”

    Negara paling maju dijangka mencatatkan peningkatan terbesar dalam bilangan kes, dengan tambahan 4.8 juta kes baharu diramalkan pada 2050 berbanding anggaran 2022, kata WHO.

    Tetapi dari segi peratusan, negara yang berada pada tahap rendah Indeks Pembangunan Manusia (HDI) yang digunakan oleh PBB akan menyaksikan peningkatan berkadar terbesar – naik 142 peratus.

    Dan negara dalam julat sederhana dijangka mencatatkan peningkatan 99 peratus, katanya.

    Gambar hiasan dari Canva.

    “Begitu juga, kematian akibat kanser di negara-negara ini diunjurkan hampir dua kali ganda pada 2050,” kata WHO.

    Freddie Bray, ketua cawangan pengawasan kanser di IARC, berkata: “Impak peningkatan ini tidak akan dirasai secara sama rata di seluruh negara yang berbeza tahap HDInya.

    “Mereka yang mempunyai sumber paling sedikit untuk menguruskan beban kanser mereka akan menanggung beban kanser global.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...