Thursday, April 18, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    WHO: Kolera menular ‘pantas’ di Lubnan

    BEIRUT, 1 NOV – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam memberi amaran penularan kolera merebak ‘dengan pantas’ di seluruh Lubnan, diburukkan lagi dengan krisis ekonomi berpanjangan dan infrastruktur yang musnah.

    Penularan kolera pertama di Lubnan sejak beberapa dekad bermula awal bulan ini, selepas jangkitannya merebak dari Syria.

    Wakil WHO di Lubnan, Abdinasir Abubakar berkata keadaan di negara itu kini rapuh susulan pergelutan dengan krisis lain, diburukkan lagi oleh kemerosotan politik dan kemelut ekonomi berpanjangan.

    WHO dalam kenyataan berkata lebih 1,400 kes disyaki, termasuk 381 kes disahkan dan 17 kematian dilaporkan di Lubnan, sejak 5 Oktober lalu.

    Sementara wabak awal adalah terhad di kawasan utara, jangkitan kini telah ‘merebak dengan pantas’ di seluruh Lubnan.

    WHO berkata pihaknya sudah membantu Lubnan mendapatkan 600,000 dos vaksin, selain berusaha mendapatkan lebih banyak lagi secara ‘berterusan memandangkan penularan terlalu pantas untuk ditangani’.

    Berdasarkan kajian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), penularan kolera di Lubnan menyusuli gelombang di Syria baru-baru ini, yang berpunca akibat kerosakan hampir dua pertiga loji rawatan air, sebahagian stesen pam dan satu pertiga menara air, akibat peperangan. – AFP

    Seorang kanak-kanak berdiri dengan baldi plastik di luar kem pelarian Syria di Talhayat, daerah Akkar, utara Lubnan. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...