Tuesday, May 28, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    WHO perbaharui gesaan untuk lindungi hospital Gaza

    RAMALLAH, 18 APRIL – Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Ghebreyesus pada kelmarin, memperbaharui gesaan agar memberikan perlindungan kepada semua hospital di Semenanjung Gaza.

    Tedros menyifatkan kemusnahan yang menimpa hospital-hospital di Gaza sebagai menyayat hati, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA). 

    Beliau berkata dalam hantaran di platform X, yang sebelum ini Twitter, bahawa “kami bersama-sama rakan kongsi sedang menjalankan penilaian ke atas situasi di Hospital Al-Shifa dan Hospital Indonesia di utara Gaza,” sambil menekankan proses pengeluaran mayat dari Hospital Al-Shifa sedang berjalan.

    Tedros menegaskan bahawa pekerja kesihatan telah membersihkan jabatan kecemasan Hospital Al-Shifa dan mengeluarkan katil yang terbakar dan keselamatan bangunan yang tinggal memerlukan penilaian kejuruteraan yang komprehensif, sambil menyatakan bahawa Hospital Indonesia kosong dan kerja-kerja pembinaan semula diteruskan dalam usaha untuk memulihkannya.

    Beliau menggesa bagi gencatan senjata segera, dengan mengatakan ubat utama yang diperlukan oleh penduduk di Gaza adalah keamanan.

    Menurut Kementerian Kesihatan, 12 hospital di Semenanjung Gaza beroperasi sebahagian iaitu enam di bahagian utara dan enam lagi di selatan.

    Pencerobohan Israel ke atas Gaza telah mengakibatkan 33,843 kematian dan 76,575 kecederaan sejak Oktober 2023. – AP

    Penduduk Palestin yang cedera tiba di hospital Al Aqsa di Deir al Balah berikutan pengeboman Israel di kem pelarian Maghazi, tengah Semenanjung Gaza, pada 16 April 2024. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Burung tropika dikesan di tasik tanah lembap utara China

    HOHOT, 27 MEI – Flamingo besar, yang biasanya ditemui di kawasan tropika dan subtropika, baru-baru ini dikesan buat pertama kali di Tasik Ulan Suhai...