Monday, March 17, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    WHO sarankan ujian COVID-19 di sekolah

    COPENHAGEN, 2 JULAI – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata hari ini ujian COVID-19 harus dilakukan di sekolah – walaupun tiada kes yang telah dikesan – untuk mengelak kesan ‘negatif’ pembelajaran secara maya.

    Penyaringan di sekolah sebelum ini hanya disarankan sekiranya kluster kes koronavirus telah dikenal pasti, namun WHO kini percaya PCR atau ujian rapid antigen harus diberikan walaupun tanpa simptom dalam kalangan pelajar dan kakitangan sekolah.

    “Bulan-bulan musim panas menawarkan peluang bernilai untuk kerajaan melaksanakan langkah yang wajar yang akan membantu mengurangkan kadar jangkitan dan mengelak penutupan sekolah,” kata Hans Kluge, pengarah serantau WHO untuk Eropah, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan bersama dengan UNICEF dan UNESCO. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda