Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Wilko Johnson meninggal dunia

    Wilko Johnson, pemain gitar rock band British, Dr Feelgood yang disahkan menghidap kanser peringkat akhir, telah meninggal dunia pada umur 75 tahun.

    Kenyataan yang disiarkan pada Rabu di akaun media sosial rasmi Johnson bagi pihak keluarganya berkata, pemuzik itu meninggal dunia pada petang Isnin di rumahnya di tenggara England.

    John Wilkinson dilahirkan pada tahun 1947, dan dibesarkan di Pulau Canvey, sebuah bandar perindustrian minyak di muara Sungai Thames, England. Beliau belajar dalam bidang kesusasteraan Anglo-Saxon di Universiti Newcastle dan bekerja sebagai guru sekolah sebelum menubuhkan Dr Feelgood dengan rakan-rakan tempatan yang lain.

    Pada zaman kegemilangannya, mereka memainkan lagu blues dan R&B yang tidak bergaya pada masa itu, sambil memakai sut murah yang membuatkan mereka kelihatan seperti ‘perompak bank’.

    Johnson membantu menaikkan nama Dr Feelgood dengan gaya gitarnya yang tersendiri dan jelingan tajamnya – rupa yang cukup menakutkan yang cukup untuk memberinya peranan sebagai Ser Ilyn Payne dalam Game of Thrones.

    Johnson yang disahkan menghidap kanser peringkat akhir telah meninggal dunia pada umur 75 tahun. – Agensi

    Pada tahun 2012, Johnson telah didiagnosis menghidap kanser pankreas dan diberitahu ia adalah tahap akhir. Kebarangkalian untuk mati secara luar jangkaan menghidupkan semula kreativitinya. Dia enggan menjalani kemoterapi, memutuskan untuk melakukan jelajah terakhir, dan merakam album terakhir, Going Back Home, dengan Roger Daltrey dari The Who.

    “Saya tiba-tiba mendapati diri saya berada dalam kedudukan yang tidak ada apa-apa lagi yang penting,” katanya kepada Associated Press pada 2013.

    “Awda berjalan kaki dan awda berasa sangat hidup. `Oh, lihat pada daun itu!’ Awda melihat sekeliling dan awda berfikir, `saya masih hidup. Bukankah ia menakjubkan?’”

    Dalam perkembangan lain, seorang peminat yang juga pakar kanser menawarkan bantuan. Selepas pembedahan untuk membuang tumor seberat 3 kilogram, Johnson mengumumkan pada tahun 2014 bahawa dia bebas kanser. Dia menghasilkan album lain, Blow Your Mind, pada 2018, dan membuat persembahan gig bersama Wilko Johnson Band sehingga bulan lepas.

    Johnson meninggalkan anak lelakinya, Simon dan Matthew serta cucu, Dylan. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...