Wednesday, May 1, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Wira serangan tikaman ditawarkan kerakyatan Australia

    SYDNEY, 16 APRIL – Perdana menteri Australia bercadang menawarkan kewarganegaraan kepada lelaki Perancis yang bertindak berani melawan penyerang bersenjatakan pisau dengan hanya menggunakan tonggak di pusat beli-belah Sydney.

    Damien Guerot yang melawat Australia telah digelar sebagai ‘lelaki tonggak’ dan ’wira’ dalam serangan Sabtu lalu yang mengorbankan enam orang dan mencederakan belasan lagi.

    Hari ini, Perdana Menteri, Anthony Albanese memuji Guerot dan mengucapkan terima kasih atas ‘keberaniannya yang luar biasa’ dalam menghadapi Joel Cauchi di atas eskalator dan menghalang penyerang berusia 40 tahun itu daripada mencederakan lebih ramai mangsa.

    “Saya katakan ini kepada Damien Guerot yang berurusan dengan permohonan visanya, bahawa awda dialu-alukan di sini, dan boleh tinggal di sini seberapa lama yang awda suka,” kata Albanese.

    “Ini adalah seseorang yang ingin kami alu-alukan menjadi warganegara Australia, walaupun ia sudah tentu akan menjadi satu kerugian bagi Perancis. Kami berterima kasih kepadanya atas keberaniannya yang luar biasa,” tambahnya.

    Rakyat Australia dikejutkan dengan kejadian serangan tikaman oleh Cauchi yang mempunyai sejarah penyakit mental di pusat beli-belah sebelum ditembak mati oleh seorang polis wanita, Amy Scott.

    “Saya fikir pada Sabtu lalu, kita telah melihat beberapa watak manusia yang terbaik pada masa yang sama ketika kita menyaksikan tragedi yang dahsyat berlaku di negara ini,” kata Albanese. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM Jepun nafi akan berundur atas kekalahan partinya dalam pilihan raya...

    TOKYO, 30 APRIL - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata pada hari ini kekalahan besar parti pemerintahnya dalam pilihan raya kecil hujung minggu lalu...