Saturday, November 2, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Woo Seok, Na Eon sah jalin hubungan di luar set

    Allure Korea telah menyiarkan satu klip wawancara yang menampilkan Kim Woo Seok dan Kang Na Eon, yang baru-baru ini mengesahkan bahawa mereka kini sedang menjalinkan hubungan romantis di dunia nyata.

    Ketika ditanya mengenai tanggapan pertama dan pandangan mereka antara satu sama lain, Kang Na Eon mengakui, “Pada awalnya, Woo Seok kelihatan agak dingin, tetapi setelah kami semakin rapat semasa penggambaran, saya menyedari dia mempunyai sisi yang sangat baik dan seorang yang amat prihatin.”

    Ketika berkongsi tentang satu kejadian yang menunjukkan sikap bertimbang rasa Woo Seok, Kang Na Eon berkata, “Saya rasa ia berlaku masa majlis penutup penggambaran.

    Saya ada tabiat untuk terus minum walaupun sudah mabuk, dan dia menasihatkan saya supaya berhenti kerana saya nampak sudah mabuk.

    “Saya rasa tindakan itu sangat menunjukkan keprihatinannya,” ujarnya.

    Kim Woo Seok pula berkongsi tanggapannya tentang Kang Na Eon, dengan mengatakan, “Saya sangka Na Eon akan suka bergurau dan memulakan perbualan dulu, tapi di set penggambaran, nampaknya saya yang lebih banyak bercakap dengannya.”

    Ketika Kim Woo Seok terhenti seketika dalam jawapannya, Kang Na Eon mencelah dengan seloroh, “Jadi, maksudnya, pandangan pertama dan pandangan terkini awak terhadap saya adalah baik,” yang mencuit hati dan mengundang tawa. – Agensi

    Pasangan romantis Woo Seok dan Na Eon mengesahkan hubungan cinta di luar layar yang kini menjadi perhatian peminat. – Soompi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda