Tuesday, March 18, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Woods bergelut, Garcia ungguli Dubai

    DUBAI, 3 Feb – Sergio Garcia mendahului ketika Tiger Woods bergelut meneruskan persaingan di Dubai Desert Classic semalam.

    Garcia membuat pukulan menarik pada pusingan pembukaan dengan tujuh bawah par 65 untuk mengungguli kedudukan dengan satu pukulan dari Felipe Aguilar dari Chile dan George Coetzee dari Afrika Selatan.

    Bagi Woods, 41, ia adalah hari yang perlu dilupakan ketika dia terjejas tanpa ‘birdie’ lima di atas par 77.

    Pemain dunia nombor 666 adalah di antara kumpulan yang membuat pukulan awal, dan dari pukulan pertamanya di atas lubang ke-10, yang membawa kepada ‘bogey’, ia adalah berterusan tetapi pencarian sia-sia bagi bekas pemain nombor satu dunia.

    Dia menghasilkan kedudukan pada tiga di atas par selepas membuat pukulan ketiganya ke dalam air pada par –5 lubang 18.

    Tiger Woods ketika beraksi dalam kejohanan golf Dubai Desert Classic di Dubai. – AP
    Tiger Woods ketika beraksi dalam kejohanan golf Dubai Desert Classic di Dubai. – AP

    Walaupun dia dilihat memukul bola lebih baik dengan sembilan (sembilan di depan di padang Majlis), dia terlepas empat peluang ‘birdies’ dan menghasilkan dua lagi ‘bogey’.

    Pemenang utama 14 kali itu menyatakan: “Saya tidak membuat pukulan dengan baik.

    “Saya melepaskan sekitar 16 ‘putts’. Saya tidak mendapatkan kelajuan, dan hasilnya, ia menambah kepada jumlah yang tinggi.”

    Terdapat beberapa pukulan ketika pusingan itu di mana dia berjalan dengan berhati-hati selepas membuat pukulan, tetapi Woods berkata dia tidak mengalami sebarang kesakitan.

    “Saya hanya cuba untuk membuat pukulan dan saya tidak melakukan tugasan yang bagus,” tambahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda