Monday, March 17, 2025
26 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wujud kesedaran kanser payudara

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 OKT – Sebagai menghargai Bulan Kesedaran Kanser Payudara pada bulan ini, Universiti Teknologi Brunei (UTB)

    telah mengadakan taklimat mengenainya yang berlangsung di Dewan Kuliah 2, Kompleks Perpustakaan UTB, hari ini.

    Dianjurkan bersama oleh Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTB dan Majlis Perwakilan Pelajar UTB (MPPUTB), taklimat berkenaan diadakan bersempena Festival Konvokesyen ke-6 UTB.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan UTB, kira-kira 50 orang pegawai utama, kakitangan dan pelajar UTB yang menghadiri taklimat berkenaan memakai pakaian berwarna merah sebagai sokongan terhadap Kesedaran Kanser Payudara.

    Pada taklimat tersebut, Presiden Kumpulan Sokongan Kanser Payudara Brunei (BBCSG), Hajah Aminah binti Haji Momin telah mengongsikan pengalamannya dalam melawan kanser payudara.

    Sementara itu, Setiausaha BBCSG, Datin Hajah Jaliha binti Haji Momin pula menjelaskan mengenai ‘Mewujudkan Kesedaran mengenai Kanser Payudara’ dengan mendidik orang ramai tentang kepentingan pemeriksaan kanser payudara, pengesanan awal dan kehidupan sihat.

    Datin Hajah Jaliha dan Hajah Aminah bergambar ramai bersama warga UTB.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda