Oleh Fadhil Yunus
Gambar oleh Infofoto
MANILA, 3 DIS – Atlet duo wusyu Brunei Darussalam Majdurano Joel Majallah Sain dan Mohammad Safiee Shayferan bin Roslan menyumbang pingat perak dengan catatan 9.50 mata dalam acara Duilian Lelaki di Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-30 di Pusat Dagangan Dunia di Pasay, Filipina, kelmarin.
Berangkat menyaksikan perlawanan tersebut, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak ‘Aliiyah Amalul Bulqiah.
Prestasi pasukan wusyu yang konsisten telah membolehkan mereka menaiki podium untuk enam daripada tujuh kategori yang dipertandingkan, di mana mereka berjaya merangkul satu emas, tiga perak dan dua gangsa.
Pasukan wusyu akan meninggalkan Manila dengan pingat Sukan SEA yang akan menjadi sebagai salah satu cerita sukan yang paling berjaya di Brunei dalam pertandingan yang besar.
Pasukan muda wusyu negara menikmati kejayaan yang dipimpin oleh Mohammad Adi Salihin bin Roslan yang memenangi pingat emas pertama negara dalam pertandingan pelbagai sukan sejak 2013.


Atlet berbakat luar biasa Basma Lachkar mempertahankan pingat peraknya dalam acara Taijiquan Wanita sebelum menambah pingat gangsa dalam acara Taijijian Wanita.
Manakala, Hosea Wong Zheng yu juga menikmati kejayaan selepas menambah pingat perak dalam acara Taijiquan Lelaki dan pingat gangsa acara Taijijian Lelaki.
Menarik minat Brunei pada hari terakhir program taolu wusyu yang bermula dengan peraih pingat emas negara baru-baru ini Mohammad Adi Salihin bin Roslan dalam acara Nanquan Lelaki.
Atlet sensasi itu, mendahului atlet lain tetapi terpaksa melupakan pingat emas apabila atlet Indonesia Harris Horatius meningkatkan mata dengan 9.63 mata.
Keadaan berbahaya untuk kehilangan podium apabila Thein Than Oo dari Myanmar menyamai markah Mohammad Adi Salihin sebelum Quoc Khanh Pham Vietnam memberikan satu pengakhiran dramatik dengan markah 9.65 mata yang tidak dapat ditewaskan untuk merangkul pingat emas.