BEIJING, 30 Julai – Presiden China, Xi Jinping menekankan perlunya untuk membangunkan tentera berkeupayaan ‘kelas dunia’ bagi ‘menewaskan semua musuh’ pada satu perarakan tentera yang diadakan hari ini bagi meraikan ulang tahun ke-90 tahun Tentera Pembebasan Rakyat (PLA).
Sejak berkuasa pada 2012, presiden menekankan bagi membangunkan tentera sedia gempur kuat, sambil mengetuai usaha untuk memusatkan kawalan Parti Komunis terhadap PLA, tentera terbesar dunia.
Perarakan hari ini – termasuk 12,000 anggota tentera dan sekitar 700 buah pesawat dan peralatan darat – menandakan kali pertama Xi mengawasi perarakan terbesar ini, menurut kementerian pertahanan. “Dunia tidak selamanya akan berada dalam kedamaian. Kedamaian perlu dijaga,” kata Xi, yang memakai sut tentera celoreng, dalam ucapan di pangkalan latihan Zhurihe di rantau Inner Mongolia Autonomi.
“Hari ini kita lebih hampir dari sebelumnya untuk mencapai tujuan bagi mengukuhkan negara China dan lebih dari masa sebelumnya dalam sejarah – kita perlu membangunkan tentera rakyat yang kuat.”
Xi juga mengarahkan PLA untuk “kekal setia kepada….kepimpinan Parti,” yang berkata tentera seharusnya “bersatu terhadap di mana pun tujuan parti.”
Jurucakap kementerian pertahanan, Ren Guoqiang berkata dalam satu kenyataan bahawa perarakan itu bertujuan untuk mencipta ‘persekitaran yang bagus’ menjelang kongres parti lewat tahun ini apabila Xi dijangka akan mengukuhkan cengkaman kuasanya.
Presiden berdiri di dalam sebuah jip yang terbuka yang dipandu melalui barisan-barisan tentera bagi pemeriksaan.
“Komrad, terima kasih di atas kerja keras anda,” katanya, di mana tentera memberikan respons: “Berkhidmat untuk rakyat!” – AFP