XIAOMI pula telah melancarkan telefon pintar pertengahan terbarunya dinamakan Xiaomi Mi 5X yang mengetengahkan dua kamera belakang, SoC Snapdragon 625 lapan teras dan kualiti audio dipertingkat serta banyak lagi.
Xiaomi Mi 5X menampilkan reka unibody metal dengan tepi bulat dan lapisan anti cap jari. Tetapan dua kamera belakang pula banyak meminjam rekaan daripada iPhone 7 Plus, termasuk jalur antena di tepi.
Peranti dua SIM (Nano) ini menonjolkan paparan LTPS HD-penuh (1080×1920 piksel) 5.5 inci dan akan menggunakan MIUI 9 terbaru daripada Xiaomi berasaskan Android 7.0 Nougat. Ia dikuasakan dengan SoC Snapdragon lapan teras 64-bit berkelajuan sehingga 2GHz yang dipadankan dengan RAM 4GB.
Mi 5X menawarkan storan dalaman 64GB yang boleh ditambah menerusi kad mikroSD (sehingga 128GB).
Dari segi kameranya, seperti yang telah disebutkan, Xiaomi Mi 5X dilengkapi dua kamera belakang (12MP sudut luas dengan sensor 1.25-mikron piksel dan apertur f/2.2 manakala itu satu lagi telefoto 12MP dengan sensor 1-mikron piksel dan apertur f/2.6) serupa dengan Xiaomi Mi 6.
Ia didatangkan dengan Mod Potret bagi kesan bokeh, serupa dengan iPhone 7 Plus dan OnePlus 5. Sementara itu, di depan pula terdapat kamera 5MP dengan pencantikan dalam masa sebenar.
Pilihan sambungannya termasuk 4G VoLTE, dual-band Wi-Fi 802.11ac, GPS/ A-GPS, USB Type-C port dan jek fon kepala 3.5mm. Sensor-sensornya pula termasuk akselerometer, sensor cahaya ambien, giroskop, inframerah, magnetometer dan sensor kedekatan.
Telefon pintar ini juga didatangkan dengan output audio berkualiti tinggi dengan DHS Audio Calibration Algorithm dan amplifier audio tersendiri bagi kualiti dipertingkat menerusi fon kepala. Selain itu, peranti ini disokong dengan bateri 080mAh dan mempunyai ukuran 155.4×75.8×7.3mm serta berat 165g.