Thursday, November 21, 2024
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Yamal bantu Barca atasi Villarreal

    BARCELONA, SEPANYOL, 28 OGOS – Pemain remaja Lamine Yamal membantu Barcelona bangkit untuk memenangi aksi mendebarkan 4-3 di Villarreal dalam liga Sepanyol semalam.

    Penyerang berusia 16 tahun itu menjaringkan gol pembukaan Gavi Paez untuk Barcelona, merembat tiang gawang dua kali dan memainkan peranan penting dalam gol kemenangan Robert Lewandowski apabila perlawanan berakhir memihak kepada pelawat.

    “Lamine beraksi dalam satu lagi perlawanan yang hebat,” kata jurulatih, Xavi Hernandez.

    “Dia banyak membantu kami, mencipta banyak peluang dan memberikan dua bantuan.

    Saya takut apabila perlawanan bermula tetapi kami mempunyai kepercayaan penuh terhadap pemain muda kami dan percaya kepada La Masia (akademi latihan) kami.”

    Lamine Yamal meraikan gol semasa perlawanan di antara Villarreal dan Barcelona di stadium La Ceramica di Vilareal pada 27 Ogos. – AFP

    Selepas dia menarik perhatian Xavi ketika bermain untuk pasukan remaja kelab itu, Yamal menjadi pemain termuda yang muncul untuk Barcelona pada April ketika dia berusia 15 tahun, 9 bulan, 16 hari. Hujung minggu lalu dia menjadi pemain termuda yang bermain untuk Barcelona dalam kemenangannya ke atas Cadiz.

    “Nasib baik saya tidak terlalu takut, saya hanya keluar dan bermain bola sepak, yang saya suka lakukan,” kata Yamal selepas persembahannya di Villarreal. “Saya cuba memanfaatkan peluang yang diberikan jurulatih kami sebaik mungkin.”

    Yamal melakukan hantaran lintang untuk Gavi semalam untuk menanduk masuk dari sudut jauh dan memulakan pesta gol pada minit ke-12. Frenkie de Jong kemudian menggandakan jaringan tiga minit kemudian.

    “Ia adalah permainan yang gila, ia sebahagiannya kesalahan kami,” kata Xavi. “Tetapi apabila mereka mendahului 3-2, kami bermain yang terbaik dan mencipta banyak peluang menjaringkan gol. Saya fikir kami boleh menjaringkan lebih banyak gol.” – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda