Wednesday, November 27, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Yang di-Pertuan Agong Malaysia berangkat pulang

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 OKT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah telah berkenan berangkat pulang ke Malaysia pagi tadi.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan memandu menghantar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Yang di-Pertuan Agong ke Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei dengan kenderaan khas.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI

    Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Rabu, 16 Oktober.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda