Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Yayasan Amal Zahara agih hamper

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 FEB – Bagi mengambil berat akan kesejahteraan dan kebajikan anak-anak yatim serta anak-anak daripada keluarga kurang berkemampuan, Yayasan Amal Zahara hari ini telah menyampaikan hamper Back to School kepada golongan penerima berkenaan.

    Hadir menyempurnakan penyampaian hamper yang berlangsung di ibu pejabat yayasan tersebut di Kampung Sungai Akar ialah Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Muhammad
    Ruzaini.

    Turut hadir menyaksikan penyampaian hamper berkenaan ialah ahli jawatankuasa pengelola Yayasan Amal Zahara.

    Kempen Back to School telah diadakan pada awal tahun ini dan ia merupakan projek tahunan yayasan tersebut sejak ia mula ditubuhkan pada 2021.

    Pengagihan hamper berkenaan akan dilaksanakan oleh Yayasan Amal Zahara di seluruh negara.

    YAM Pengiran Anak Haji Muhammad Ruzaini ketika menyempurnakan penyampaian hamper kepada penerima.
    Antara kanak-kanak yang menerima hamper pada majlis tersebut.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda