Friday, December 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Yayasan hulur $50,000 untuk mangsa banjir Pakistan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JAN – Dalam menyokong penubuhan Tabung Bantuan Kemanusiaan Banjir Pakistan 2022 berikutan kejadian bencana banjir besar yang melanda negara itu pada Ogos 2022, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) menghulurkan sumbangan berjumlah $50,000.

    Sumbangan disampaikan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan dan diterima oleh Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan) di Kementerian Kebuda-yaan, Belia dan Sukan (KKBS), Hajah Nor Ashikin binti Haji Johar selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Tabung Bantuan Kemanusiaan Banjir Pakistan 2022.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan penubuhan tabung berkenaan dan seterusnya penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Tabung Kemanusiaan Banjir Pakistan 2022.

    Penubuhannya bertujuan untuk mengumpulkan derma berbentuk kewangan sahaja daripada semua rakyat dan penduduk di Negara Brunei Darussalam bagi membantu meringankan beban penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Pakistan yang dilanda banjir besar.

    Sumbangan berkenaan adalah atas dasar kemanusiaan dan keprihatinan dalam membantu meringankan beban penderitaan yang ditanggung oleh mangsa banjir.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan menyerahkan sumbangan untuk Tabung Kemanusiaan Banjir Pakistan kepada Setiausaha Tetap di KKBS.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda