Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    ‘Yayasan ini adalah permintaan Matthew sendiri’

    Bagi menghormati dan membantu lebih ramai orang mengatasi masalah ketagihan dadah serta alkohol, keluarga mendiang pelakon, Matthew Perry menubuhkan yayasan untuk mengumpul dana bagi tujuan tersebut.

    Menurut Utusan Malaysia yang memetik laporan People.com, ayah tirinya, Keith Morrison berkata, usaha ini adalah cara mereka untuk menghormati mendiang dan membantu individu yang memerlukan supaya tidak melalui tragedi sama seperti mereka.

    “Kami sebagai sebuah keluarga mahu mengingati dan menghormati mendiang dengan cara ini. Kami mahu legasi dan nama baiknya dalam industri seni akan sentiasa ‘hidup’.

    “Yayasan Matthew Perry adalah antara jalan keluar kepada mereka yang ketagihan arak, dadah atau apa-apa yang boleh mengakibatkan kecelakaan hidup,” ujarnya.

    Perry yang juga salah seorang pelakon siri popular Friends, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Pacific Palisades di Los Angeles, dipercayai akibat lemas selepas ditemukan dalam jakuzi di kediamannya itu.

    Memetik laporan portal hiburan antarabangsa, tiada bahan terlarang ditemukan di lokasi tersebut atau sebarang perkara yang mencurigakan sebelum Perry menghembuskan nafas terakhirnya. – Agensi

    Mendiang Matthew sudah beberapa kali melontarkan hasrat untuk menubuhkan satu yayasan khas semasa hidupnya. – Utusan Malaysia
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...