Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Yayasan memperingati Hari Puja Usia

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar oleh Muiz Matdani & Infofoto

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 FEB – Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) selaku Sekretariat Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah untuk Anak-anak Yatim (DANA) hari ini mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Memperingati Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang ke-49 tahun di Dewan An-Naura, Kompleks Yayasan, hari ini.

    Berkenan berangkat ke majlis tersebut ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan.

    Hadir menjunjung keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia ialah Menteri di JPM selaku Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah DANA, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof dan Menteri Kesihatan selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah DANA, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar.

    Turut menjunjung keberangkatan ialah Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) di Kementerian Pembangunan selaku Pemangku Pengarah Urusan Yayasan, Dr Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak.

    Majlis dimulakan dengan sembahyang fardu Asar berjemaah yang diimamkan oleh Ketua Hakim Syarie, Mahkamah Syariah, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.

    Ia kemudian disusuli dengan bacaan Surah Yasin dan tahlil beramai-ramai dan seterusnya bacaan Doa Kesyukuran.

    Hadir pada majlis tersebut ialah ahli-ahli Lembaga Pengarah Yayasan, serta ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah DANA.

    Juga hadir ialah para jemputan khas termasuk para penyumbang tetap DANA, pegawai-pegawai dan kakitangan Yayasan serta guru-guru Sekolah Yayasan.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, Pengerusi Jemaah Tadbir Yayasan berkenan berangkat ke Majlis Doa Kesyukuran sempena Memperingati Hari Puja Usia DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah yang ke-49 tahun di Dewan An-Naura, Kompleks Yayasan, kelmarin. – Gambar oleh Muiz Matdani
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan sama-sama menunaikan sembahyang fardu Asar berjemaah.
    Keberangkatan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik ke Dewan An-Naura, Kompleks Yayasan.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan berangkat ke majlis santap.
    Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim semasa memimpin bacaan.
    Antara yang hadir pada majlis Doa Kesyukuran berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda