Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Yayasan sumbang tajaan kepada penuntut

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OGOS – Dalam mempertingkatkan penyertaan belia bagi pembangunan masyarakat dan negara, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) telah memberikan sumbangan tajaan berjumlah $1,000 kepada mahasiswa dan mahasiswi Institut Sains Kesihatan Pengiran Anak Puteri Rashidah Sa’adatul Bolkiah (PAPRSB IHS), Universiti Brunei Darussalam (UBD).

    Sumbangan tersebut adalah bagi membiayai sebahagian daripada perbelanjaan untuk projek komuniti kesedaran kanser kolorektal bertajuk Brunei Colorectal Cancer Awareness and Risk Education for Screening.

    Majlis penyampaian yang berlangsung di Ibu Pejabat Yayasan, Jalan Perdana Menteri itu telah disempurnakan oleh Pemangku Pengarah Urusan dan ahli Lembaga Pengarah Yayasan, Awang Ahmad Jefri bin Abdul Rahman.

    Sumbangan tajaan diserahkan kepada Dayang Nurizzqah binti Bungu selaku wakil mahasiswa dan mahasiswi PAPRSB IHS, UBD.

    Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan kewangan berjumlah $1,069 kepada Sekolah Ugama Kampung Bolkiah.

    Pemangku pengarah urusan dan ahli Lembaga Pengarah Yayasan menyampaikan sumbangan tajaan $1,000 kepada wakil mahasiswa dan mahasiswi PAPRSB IHS, UBD.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...