Thursday, May 9, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    YEAB beramal sambut TBC

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 JAN – Bersempena Sambutan Tahun Baharu Cina (TBC), Persatuan Usahawan Muda Brunei (YEAB) telah mengadakan kempen amal Basket Brigade yang berjalan selama dua hari di Daerah Brunei dan Muara serta Seria, baru-baru ini.

    Bagi kempen itu, tujuh buah keluarga di Daerah Brunei dan Muara serta 10 individu di rumah orang-orang tua di Seria menerima sumbangan berupa makanan, barangan rumah dan keperluan lain yang bertujuan untuk menyara keluarga dan orang-orang tua tersebut menjelang perayaan TBC.

    Basket Brigade tersebut juga disokong oleh pelbagai rakan kongsi termasuk Progresif Sdn Bhd, ReadyMix Concrete (B) Sdn Bhd, The New Dawn Company, DCH Auriga (Borneo) Sdn Bhd, Indofood, Nexploit Services, dan Brunei Timber. 

    Sementara itu, Premier Motors Brunei juga tidak ketinggalan menyediakan pengangkutan semasa inisiatif tersebut dijalankan.

    Naib Presiden YEAB, Louis Loo yang mengetuai inisiatif tahun ini berkata, “YEAB berterima kasih atas sokongan daripada rakan kongsi kami. Ia tidak akan berjalan lancar tanpa semua sumbangan daripada ahli dan rakan kongsi kami.”

    Aktiviti yang telah dianjurkan sejak 2008 itu merupakan acara tahunan YEAB dan merupakan sebahagian daripada usaha untuk melibatkan ahlinya dalam kesedaran sosial dan mengambil bahagian dalam kerja kemasyarakatan.

    Antara delegasi yang menyertai kempen amal Basket Brigade ketika menyampaikan sumbangan kepada penghuni Rumah Orang-orang Tua di Seria. – Gambar serahan YEAB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Hong Kong gagalkan percubaan rompakan

    HONG KONG, 8 MEI - Polis Hong Kong menahan lima lelaki yang cuba merompak sebuah kedai barang kemas, dengan rakaman kamera litar tertutup (CCTV)...