Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Yew Sin-Ee Yi harapan tunggal Malaysia

    KUALA LUMPUR, 17 NOV – Beregu lelaki profesional, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi menjadi satu-satunya wakil Malaysia yang masih bertahan pada hari yang menyaksikan tiga lagi wakil Malaysia gagal mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Masters Jepun 2023 di Kumamoto.

    Dalam aksi suku akhir hari ini di Kumamoto Prefectural Gymnasium, Yew Sin-Ee Yi mengambil masa 43 minit untuk mengetepikan pasangan kembar dari Taiwan, Lee Fang Chih-Lee Fang Jen 21-19, 21-16 sekali gus melangkah ke perlawanan separuh akhir ketiga mereka musim ini selepas Terbuka Switzerland 2023 dan Terbuka Taiwan 2023.

    Beregu pilihan kelapan itu akan menentang pilihan ketujuh, Li Yu Chen-Ou Xuan Yi dalam separuh akhir selepas pasangan China itu mengatasi gandingan Akira Koga-Taichi Saito dari Jepun 21-19, 21-13.

    Sementara itu, beregu wanita utama Malaysia, Pearly Tan-M Thinaah tewas 13-21, 18-21 kepada pasangan tuan rumah, Rena Miyaura-Ayako Sakura.

    Dua beregu campuran Malaysia, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing turut tersingkir pada suku akhir acara Super 500 itu.

    Pilihan kelapan, Tang Jie-Ee Wei tewas tiga kali berturut-turut kepada pilihan utama, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dari China 14-21, 14-21.

    Turut menamatkan kempen, Kian Meng-Pei Jing yang tunduk 15-21, 16-21 kepada pilihan kedua, Yuta Watanabe-Arisa Higashino dari Jepun. – Bernama

    Yew Sin dan Ee Yi ketika beraksi dalam acara berpasukan lelaki pusingan pertama sempena temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 di Stadium Gymnasium Binjiang. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...