Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Yixinou catat peningkatan perkhidmatan kargo

    YIWU, 2 JULAI – Perkhidmatan pengangkutan kargo melalui landasan kereta api dan lebuh raya dari bandar Yiwu, timur China ke Kyrgyzstan dan Uzbekistan memulakan operasinya kelmarin.

    Ia sekali gus menandakan bermulanya operasi baharu membabitkan rangkaian rel kargo YIXINOU (Yiwu-Xinjiang-Eropah) dan sistem lebuh raya rentas sempadan.

    Kargo itu akan sampai di Kashgar, wilayah Xinjiang sebelum diangkut menggunakan lebuh raya menuju ke Kyrgyzstan dan Uzbekistan.

    Kereta api berkenaan yang dahulunya hanya membawa barang kegunaan harian, kini turut mengangkut kereta dan beberapa produk berteknologi tinggi seperti fotovolta.

    Bermula November 2014 hingga akhir 2020, YIXINOU telah melakukan sebanyak 2,000 perjalanan membabitkan penghantaran 170,000 unit kontenan bersamaan 20 kaki (TEU). – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda