Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Zara Zya akui ‘cucuk’ muka, bibir bersebab

    Aktres popular, Zara Zya mengaku mengambil suntikan pada wajah dan bibir selepas diasak dengan pelbagai soalan berhubung rupa paras kelihatan berubah sejak kebelakangan ini.

    Enggan menjadikan perubahan wajah sebagai isu, Zara menjelaskan perubahan hormon dan faktor usia menyebabkannya mengambil suntikan.

    Malah, katanya, dia juga tidak menolak dakwaan ada beberapa klinik estetik yang tampil menaja untuk melakukan suntikan dan menambah baik wajah.

    Namun, katanya, ia bukanlah proses rumit kerana menjelaskan suntikan lebih kepada vitamin sahaja.

    “Sejujurnya, memang ada beberapa klinik menaja saya membuat rawatan wajah. Lagipun, usia semakin meningkat, jadi timbul kedutan dan saya buat sedikit suntikan.

    Zara anggap suntikan wajah rutin bagi selebriti untuk tampil cantik – Agensi

    “Tetapi, ia lebih kepada suntikan vitamin untuk menjadikan kulit tampil tanpa cela.

    “Jika dulu susah nak jumpa klinik estetik yang sesuai, jadi bila ada peluang, apa salahnya? Tetapi, ia lebih kepada vitamin.

    “Sama seperti bibir, kadang-kadang bibir jadi gelap, jadi suntikan ini memberikan kesan tegang. Apabila tegang, ia menjadi lebih gebu dan berwarna kemerah-merahan,” katanya menerusi temu bual bersama program hiburan popular, Melodi.

    Zara atau nama penuhnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 37, tidak kisah jika ada warganet tampil memberikan komen negatif terhadap rupa parasnya kerana menyedari setiap selebriti pasti melakukan suntikan pada wajah sebagai rutin untuk tampil cantik.

    “Saya tidak kisah dan terpulanglah. Lagipun saya rasa ramai sahaja yang buat, namun terpulang pendapat masing-masing.

    “Mungkin ada orang tak ditawarkan peluang seperti ini, tetapi bila ada peluang, mungkin dia juga nak mencuba.

    “Dalam media sosial, orang boleh cakap apa sahaja. Nak buat atau tidak, terpulang. Saya adalah seorang selebriti, sudah pasti saya kena jaga penampilan secara keseluruhan.

    “Apa yang boleh saya katakan, ia rutin bagi selebriti. Lagipun, apa sahaja yang saya buat tetap ada kecaman dan tilikan. Kadang-kadang dalam video yang dimuat naik saya rasa tiada apa-apa, tetapi mata warganet tajam,” ujarnya.

    Bagi Zara, dia tak kisah apa orang nak cakap, selagi perkara itu baik untuk dirinya.

    “Saya tak kisah orang nak kecam, saya tetap dengan diri saya dan akan jaga diri saya sebaik mungkin. Terima kasih kerana ambil tahu,” jelasnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...