Monday, November 4, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zara Zya dibenarkan pulang selepas 18 hari di hospital

    Pelakon Zara Zya meluahkan rasa lega apabila dibenarkan pulang selepas 18 hari menerima rawatan di hospital bagi membuang cyst dan fibroid.

    Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 39, berkata dia akan berehat selama dua bulan sehingga badannya benar-benar bersedia untuk kembali bekerja semula.

    “Alhamdulillah saya sekarang dalam proses penyembuhan. Lega dapat balik rumah lepas 18 hari.

    “Memang kena cuti dua bulan. Pergerakan pun sedikit perlahan tak boleh laju-laju… bercakap pun perlahan sebab macam mengah,” katanya ketika dihubungi mStar.

    Berkongsi lebih lanjut, Zara berkata dia turut menjaga pemakanannya ketika ini agar dapat membantu proses penyembuhan dirinya.

    Zara jaga pemakanan bagi mempercepatkan proses penyembuhan. – ANN/The Star

    Malah akan mengikuti beberapa rawatan fisoterapi selepas ini.

    “Makan pun pantang lagi… saya makan benda rebus-rebus tanpa minyak. Mama saya buat soft diet macam nasi yang lembik.

    “Tak boleh makan makanan keras nanti perut sakit,” katanya lagi.

    Dalam pada itu, Zara juga meluahkan rasa syukur apabila beberapa tawaran lakonannya tidak dibatalkan disebabkan pembedahan yang dilakukan.

    Kongsi Zara, pihak pengarah rela menunggunya sembuh sebelum memulakan penggambaran drama. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda