Saturday, May 4, 2024
24 C
Brunei

    -

    ‘Curang bukan ketentuan tapi pilihan manusia’

    Belum reda isu dicekup berkhalwat dengan pelakon Ruhainies dan kes penceraiannya dengan Bella Astillah, Aliff Aziz dianggap tidak serik kerana gagal mengubah sikap yang gemar berlaku curang.

    Menurut mStar, rakan selebriti juga ramai menampilkan rasa bengang dengan sikap Aliff kerana tidak menyangka artis kelahiran Singapura itu tergamak melukakan hati Bella berkali-kali.

    Tidak menujukan kepada mana-mana pihak, pelakon Zara Zya berpendapat penting bagi seseorang menjaga batas pergaulan bagi mengelakkan sebarang hubungan terlarang.

    Zara atau Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 39, berpendapat lelaki dan perempuan tidak sepatutnya bermesraan secara lebih-lebihan walaupun dengan niat berkawan.

    “Sebab itu pentingnya untuk kita menjaga ikhtilat, kalau tidak kita akan jatuh cinta dengan berlainan orang setiap hari.

    Zara menegaskan penting menjaga ikhtilat bagi lelaki dan perempuan. – beautifulnara

    “Jangan terlalu buka ruang bermesraan atas niat sekadar berkawan berlainan jantina,” katanya menerusi satu hantaran di InstaStory pada Isnin.

    Jelas pelakon drama Love You Mr Arrogant itu, batas pergaulan yang tidak dijaga memudahkan syaitan memperdayakan manusia.

    “Bila batas dan pergaulan tidak jaga mudah syaitan datang buat kerja,” ujarnya.

    Dalam pada itu, Zara turut menasihati orang ramai bahawa kelakuan curang itu bukan ketentuan Tuhan tetapi pilihan manusia.

    “Pilihan di tangan sama ada jadikan curang itu takdir atau pilihan yang dipilih,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...