Friday, October 25, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Zayn Malik tangguh konsert jelajah di AS

    Susulan kematian Liam Payne pada Rabu lalu, penyanyi Zayn Malik mengambil keputusan menangguhkan konsert jelajah di Amerika Syarikat (AS) yang sepatutnya bermula 23 Oktober ini.

    Konsert Stairway To Heaven dijangka akan dijadualkan semula pada Januari tahun hadapan.

    Zayn, 31, berkata, kehilangan rakannya itu yang juga merupakan bekas anggota kumpulan One Direction memberi kesan amat mendalam.

    “Disebabkan kehilangan yang begitu menyedihkan minggu ini, saya telah membuat keputusan untuk menangguhkan jelajah Stairway To Heaven.

    “Tarikh telah ditunda ke Januari tahun depan dan saya akan maklumkan dalam masa terdekat,” katanya.

    Zayn ambil masa untuk kembali menghiburkan peminat. – mStar

    Zayn menulis perkara tersebut dalam Insta-story miliknya pada Sabtu, lapor mStar.

    Konsert jelajah tersebut merupakan rangka promosi album ke empatnya yang sepatutnya akan berada di lima lokasi bermula San Francisco pada 23 Oktober ini.

    Pada Rabu lalu dunia hiburan dikejutkan dengan berita kematian Liam yang maut selepas terjatuh dari tingkat tiga balkoni sebuah hotel di Buenos Aires, Argentina.

    Zayn dan Liam sebelum ini sama-sama pernah menganggotai One Direction sejak kumpulan itu ditubuhkan pada 2010 sebelum mereka rasmi berpecah sekitar 2016.

    Kumpulan itu turut dianggotai oleh Niall Horan, Louis Tomlinson dan harry Styles. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda