Friday, February 7, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ziarah, iringan doa untuk penghuni kubur

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 APRIL – Menziarahi kubur semasa bulan Ramadan adalah amalan yang lazim dilakukan oleh umat Islam di negara ini dan orang ramai juga akan melakukannya semasa pagi Hari Raya Aidilfitri.

    Ziarah ke tanah perkuburan juga bertujuan untuk mengingati penghuni kubur, lebih-lebih lagi roh kedua-dua ibu bapa, ahli keluarga dan sanak saudara dengan memohon doa-doa agar dilimpahi dengan rahmat dan pengampunan daripada Allah SWT.

    Sehubungan dengan itu, Majlis Perundingan Kampung Jerudong A (MPKJA), Majlis Perundingan Kampung Jerudong B (MPKJB) bersama Persatuan Warisan Kedayan Jerudong (WARISAN), pagi tadi, telah mengadakan acara tahlil dan Doa Arwah di tiga buah tempat tanah perkuburan yang berasingan. Majlis yang telah dihari oleh lebih 50 orang ahli
    keluarga waris itu adalah aktiviti tahunan pada bulan Ramadan.

    Ia telah diadakan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Muda yang kemudiannya diikuti di Tanah Perkuburan Islam Kanak-kanak Bukit Kulapis dan Tanah Perkuburan Islam Bebandai di Kampung Jerudong yang diketuai oleh Pemangku Ketua Kampung Jerudong B, Awang Kamis bin Panjang selaku Pengerusi MPKJB. Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil dan Doa Arwah yang dipimpin oleh Ketua Keagamaan dan Pendidikan WARISAN, Haji Nasar bin Nayan.

    Ahli MPKJA, MPKJB dan WARISAN semasa mengadakan tahlil dan Doa Arwah di salah sebuah tanah perkuburan.

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda